About Us

Di KT Academy, setiap langkah kami dibina atas keyakinan bahawa ilmu yang benar, niat yang bersih, dan usaha yang berterusan mampu mengubah ekosistem manusia dari perkahwinan, keusahawanan, pendidikan hingga kesejahteraan jiwa.

Sebagai sebuah akademi yang lahir daripada gabungan pengalaman lapangan, nilai spiritual, dan visi kelestarian, KT Academy berdiri sebagai peneraju “Akad ke Akhir”, satu gerakan yang menstruktur semula industri perkahwinan dan hubungan manusia agar lebih tersusun, profesional dan penuh keberkatan. Kami bukan hanya melatih wedding planner; kami membina pemimpin rumah tangga, pemegang amanah cinta, dan penggerak komuniti.

Hari ini, KT Academy terus berkembang sebagai sebuah Institusi Latihan Bertauliah HRDC, perusahaan sosial berdaftar, serta penerima Anugerah Harapan KUSKOP dan CEO Sustainability Award Asia Pacific, membuktikan komitmen kami dalam mengangkat pendidikan, pembangunan insan, dan kesejahteraan sosial ke tahap yang lebih tinggi.

Selaras dengan peranan itu, KT Academy kini melangkah ke hadapan untuk memperkasakan 15 industri utama dalam ekosistem wedding planner melalui laluan TVET. Majlis perkahwinan bukan sekadar satu hari, tetapi sebuah industri bernilai tinggi yang merangkumi dekorasi, katering, fotografi, videografi, fesyen, kewangan, logistik, pengurusan risiko, protokol, pengacaraan, teknologi, hubungan pelanggan, dan banyak lagi.

Melalui TVET Perkahwinan yang pertama seumpamanya di Malaysia, KT Academy mengambil tanggungjawab untuk:

  • Melahirkan tenaga kerja berkemahiran
  • Menetapkan standard profesional industri
  • Meningkatkan nilai ekonomi komuniti
  • Membangunkan bakat muda melalui laluan kerjaya yang jelas dan berkredibiliti

Kami percaya bahawa pendidikan TVET adalah kunci untuk menaikkan martabat sektor kreatif ini sekali gus menjadikan Malaysia pusat rujukan industri perkahwinan di Asia.

Dalam masa yang sama, melalui program Healing Village Network Malaysia, kami memperluas misi kesejahteraan dengan modul seperti Nafas Tenang dan intervensi komuniti yang berpaksikan psikologi, spiritual dan kelestarian emosi.

KT Academy bukan lagi sekadar sebuah akademi ia adalah pergerakan sosial yang menyatukan pendidikan, healing, keusahawanan dan impak komuniti.

Dipimpin oleh Is. Ahmad Zaim, seorang anak muda yang berjuang untuk membawa kelestarian, inovasi sosial dan transformasi industri, KT Academy melangkah ke masa depan dengan sebuah visi besar:

Membina ekosistem perkahwinan, pendidikan dan kesejahteraan yang lestari demi keluarga yang bahagia, komuniti yang makmur, dan negara yang terus maju.


Organizational Chart